Me in 2005 then. Now?(23rd Dec 2009) Yes... I have retired since 31st May 2007. I am satisfied and happy to have served Malaysia as a Police Man. For me, a police man is everyone of us.
Kita mempunyai impian untuk menetap selepas pencen pada 31 Mei 2007 di Taman Desa Kerayong Indah, Meru, Kuala Selangor. Lihat model rumah kita. Malang. Malang sekali. Rumah yang sepatutnya disiapkan Kontraktor Bumi Circle Sdn Bhd gagal disiapkan sehinggalah ke hari ini. ( 23hb Dis. 2009). Kami masih membayar ansuran ke BSN sebanyak RM700/- sebulan ke atas "rumah yang tidak wujud." Percuma sahaja kita membayar!! Ha ha ha ......
Ini rumah kita yang sepatutnya siap pada tahun 2003. Tapi sehingga hari ini (2009) masih belum siap. Tempatnya di Desa Kerayong Indah, Meru, Kuala Selangor.
12 Dis 2009, Ahad, saya, Ros, Lan, Dah dan Ayid ke kebun ini. Banyak rambutan. Tapi pokoknya terlalu tinggi untuk dikait. Pokok-pokok semua telah besar. Tugas kami berlima adalah menebang pokok-pokok yang tak berguna. Dari jam 12 tgh hari hingga 3 ptg kami berkebun. Tak siap tapi akan datang kembali minggu depan.